2. JENIS SOALAN

LANGKAH 2

Tulis maklumat yang kita kehendaki pada ruangan Question sebagai rujukan kita seperti nama, umur, negeri asal dan lain. Ada pelbagai jenis soalan yang kita boleh guna. Anda klik pada Multiple choice untuk menggunakannya.

Di bawah adalah senarai jenis-jenis soalan yang boleh digunakan

1. Short answer : Ruangan bagi memberi jawapan pendek.

2. Paragraph : Ruangan untuk memberi jawapan yang lebih panjang.

3. Multiple Choice : Soalan objektif (pilihan jawapan). Memilih satu pilihan jawapan dari pilihan yang telah disediakan.

Anda juga boleh lampirkan gambar pada jawapan dengan klik Add image kemudian pilih gambar yang hendak dimasukkan.

4. Checkbox : Soalan yang mempunyai pilihan lebih dari 1 jawapan.

5. Dropbox : Responden memilih satu jawapan dari menu Dropbox.

6. File Upload : Ruang untuk muat naik jawapan dalam bentuk fail atau dokumen. Jika jawapan perlu muat naik dalam bentuk pdf sahaja. 

Anda boleh tetapkan dengan klik butang pada Allow only specific file types kemudian klik kotak PDF. Selain itu anda juga boleh menetapkan bilangan dan saiz fail untuk ‘responder’ muat naik.

7. Linear Scala : Responden memberikan peringkat pada soalan melalui skala dalam bentuk angka dari 1 sehingga 5.

8. Multiple Choice Grid : Responden memilih satu pilihan jawapan dari pilihan soalan yang disediakan dalam bentuk grid.

9. Checkbox Grid : Ruang yang boleh pilih jawapan lebih dari 1 dalam bentuk mendatar.

10. Date : Jawapan dalam bentuk tarikh yang menggunakan kalender.

11. Time : Jawapan pilihan masa mengikut tetapan masa yang tertentu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan