PENGENALAN
Google Forms adalah salah
satu aplikasi yang termasuk bersama Google Drive. Google Forms adalah borang maya untuk
mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul dari responden seperti
yang telah ditetapkan. Contohnya jika kita hendak membuat kajian tentang
sesuatu isu semasa untuk mendapat pendapat dari orang ramai. Kita boleh membuat
borang menggunakan Google Forms dan disebar luaskan menggunakan alamat link yang
telah diberi. Pengguna boleh memasukkan
maklumat dan pendapat yang dikehendaki dalam Google Forms dan menghantarnya dengan
hanya menggunakan peranti telefon pintar dan tablet.
Google Form mempunyai dua
jenis format iaitu Form dan Quiz. Quiz ini membolehkan kita meletakkan jawapan
yang betul untuk setiap soalan dalam borang tersebut dan boleh mengira markah
yang betul setelah responden selesai menjawab semua soalan yang telah diberi.
Fungsi ini tidak terdapat dalam format Form.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan