PENGUMPULAN DATA
Setelah selesai membuat kajian, anda boleh melihat statistik atau laporan bagi semua maklumat jawapan yang telah lengkap di isi di bahagian Responses. Sebelum itu, anda perlu pergi ke bahagian Responses dan klik Accepting Responses bagi membolehkan untuk mengumpulkan data.
Mempunyai dua cara untuk mengambil data Responden
yang telah di kumpul :
CARA PERTAMA
Muat turun terus dalam Microsoft Excel.
Caranya klik pada 3 titik bertindih di sebelah kanan ikon Excel, kemudian klik Download Responses (.cvs).
Kemudian fail excel yang terisi maklumat data terkumpul akan automatik muat turun ke dalam komputer anda seperti berikut.
CARA KEDUA
Simpan dalam bentuk Google Sheet.
Jika hendak guna cara ini anda perlu klik ikon Create Spreadsheet yang berada si sebelah 3 titik bertindih.
Seterusnya klik Create a New Spreadsheet dan tulis tajuk fail. Kemudian klik Create.
Akhir sekali maklumat data terkumpul akan keluar dalam bentuk Google Sheet dan fail tersebut akan automatik simpan dalam Google Drive anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan